PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 1:

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 2:

Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 4:

Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 5:

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 6:

Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 7:

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 8:

Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 9:

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 10:

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 11:

Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung

Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Sabtu, Disember 01, 2012

Pencapaian UPSR 2012

upsr 5a

Kecemerlangan


Bil5A4A3A2A1A
1611113131430


Pencapaian AM


LS%GS%
10967.70042.48


Pencapaian Mata Pelajaran



ABCJ%DEJ%
BM168344614891.90607138.0
BM259521913080.711203119.3
BI15466812980.121113219.9
MAT41296613684.516092515.5
SNS29674614288.214152911.8

"Selalu Kita Gemilang"

Khamis, November 08, 2012

Sukaneka SK Geting

Pada 5 & 6 November lepas kami di SK Geting telah mengadakan acara sukaneka yang melibatkan semua murid dan guru-guru termasuk guru Fardhu Ain. Hujan di awal pagi pada hari pertama tidak menghalang perjalanan acara yang telah dirancangkan.

bawa bola ping pong

rebut gula-gula

lari dalam guni

tarik tali perempuan

tarik tali lelaki

Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat menjayakan acara sukaneka kali ini. Kejayaan milik kita bersama.

Sabtu, Oktober 13, 2012

Selamat Bersara Kak Yah

Warga Sekolah Kebangsaan Geting (SKG) mengucapkan Selamat Bersara kepada Puan Asiah Abd Ghani (Kak Yah). Tarikh 8.10.2012 adalah merupakan hari terakhir beliau bertugas sebagai penjawat awam. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Ketua Kerani di SKG.

kak yah cc
Punch Card terakhir Kak Yah
Kak Yah mula melaporkan diri dan bertugas di SK Geting pada 01.03.2009 setelah bertukar dari SMK Rantau Panjang, Kelantan.  Semoga Kak Yah sentiasa gembira di alam persaraan.

Rabu, September 26, 2012

Lagu SK Geting



Lagu SK Geting yang popular dikalangan murid-murid serta guru-guru warga Sekolah Kebangsaan Geting. Lagu ini biasanya dinyanyikan pada setiap kali diadakan perhimpunan terutamanya perhimpunan mingguan pada pagi Ahad di tapak perhimpunan sekolah.

Bersatu kita bersama semua
Ke arah pembangunan ilmu
Berusaha nanti tercipta cita
Membentuk insan mulia

Harapan guru terhadap kami
Menjadi pembimbing bangsa
Usaha kami buktinya nanti
Kami akan berjaya

Bangun dan berjaya kita
Di dalam semua bidang sukan
Berganding bersama semua
Harum namamu SK Geting
Membina kami mendidik kami
Ke puncak kejayaan

Harapan guru terhadap kami
Menjadi pembimbing bangsa
Usaha kami buktinya nanti
Kami akan berjaya
Kami akan berjaya


Muat turun lagu SK Geting DI SINI dan DI SINI.

Khamis, September 06, 2012

Sambutan Hari Raya 2012

jamuan raya

Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah SK Geting telah diadakan pada Ahad lepas (02.09.12). Majlis sambutan Hari Raya ini diadakan selepas waktu rehat bagi semua kelas, guru-guru dan staf bukan guru termasuk pekerja kontrak.

jamuan raya


Jamuan ini diuruskan oleh guru kelas masing-masing dengan bantuan dan kerjasama murid-murid kelas berkenaan. Untuk guru dan kakitangan pula, majlis diuruskan oleh Kelab Warga SK Geting dengan kerjasama PK Kokurikulum.

Selamat Hari Raya untuk semua murid dan warga SKG yang beragama Islam. Maaf Zahir Batin, dunia dan akhirat.

Khamis, Ogos 30, 2012

Selamat Menempuh UPSR

upsr 2012

Tarikh Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini akan berlangsung pada 11 hingga 13 September 2012 (Selasa, Rabu dan Khamis). Pada minggu pertama persekolahan selepas cuti hari raya tempoh hari, terdapat satu banner tergantung pada pintu gerbang berdekatan dengan kantin sekolah.

"SELAMAT MENEMPUH UPSR"
"SEMOGA ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG"

Sebenarnya setiap tahun juga pihak sekolah menaikkan banner seperti ini untuk mengucapkan selamat berjuang dan menduduki peperiksaan kepada calon-calon UPSR sekolah. Tahun ini kami di SK Geting mempunyai 164 orang calon yang akan mengambil ujian.

Selamat berjaya kepada semua.

Selasa, Ogos 14, 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Selamat Hari Raya kepada semua warga sekolah SK Geting dan Maaf Zahir Batin.Sempena Hari raya kali ini, seperti biasa sekolah akan bercuti. Cuti Pertengahan Penggal Kedua sempena raya kali ini mulai 16.08.2012 hingga 25.08.2012 (selama 10 hari).

Cuti hari Khamis 16.08.2012 adalah CUTI BERGANTI yang akan digantikan pada 08.09.2012 (jadual hari Khamis) selepas hari raya nanti.

jamuan berbuka puasa

Dalam seronok berhari raya dan bercuti, diharap semoga murid-murid sentiasa menjaga keselamatan diri terutama di jalan raya. Dalam musim cuti perayaan, jalan raya pastinya sesak dengan kenderaan. Elakkan diri daripada bermain mercun dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

Sekali lagi Selamat bercuti dan Selamat berhari raya untuk semua.

Isnin, Julai 30, 2012

Percubaan UPSR 2012

percubaan upsr

Hari ini merupakan hari pertama Peperiksaan Percubaan UPSR 2012 diadakan. Peperiksaan ini akan berlangsung selama 3 hari seperti Jadual UPSR sebenar. Di bawah adalah Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR yang diadakan di SK Geting.

HARI / TARIKH
MASA
MATA PELAJARAN
ISNIN [30.07.2012]
08:15 – 09:05 pagi
Bahasa Melayu Pemahaman
09:45 – 11:00 pagi
Bahasa Melayu Penulisan
11:45 – 12:25 tengah hari
Mathematics Kertas 2
SELASA [31.07.2012]
08:15 – 09:15 pagi
Mathematics Kertas 1
RABU [01.08.2012]
08:15 – 09:30 pagi
Science
10:15 – 11:05 pagi
Bahasa Inggeris Kertas 1
11:45 – 01:00 petang
Bahasa Inggeris Kertas 2
Guru-guru mata pelajaran yang mengajar di kelas-kelas Tahun 6 adalah sebagai PENGAWAS bagi Peperiksaan Percubaan UPSR 2012 ini mengikut jadual persendirian masing-masing.

Selasa, Julai 10, 2012

1Murid 1Sukan 1Malaysia

Program 1Murid 1Sukan 1Malaysia di SK Geting pagi ini 10 Julai 2012 melibatkan semua murid, guru dan pekerja sekolah. Murid-murid PPKI dan prasekolah juga turut sama mengambil bahagian.

senamrobik

senamrobik

Acara senamrobik diketuai oleh Cikgu Noor Rizam. Nampaknya lagu "Anak Kampung" nyanyian Jimmy Palikat paling menarik perhatian murid-murid bila mereka turut sama menyanyi sambil bersenam.

sukaneka

sukaneka

Acara sukaneka yang diadakan juga melibatkan murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 termasuk murid dari kelas PPKI dan murid dari kelas prasekolah. 

Ahad, Julai 08, 2012

Hadiah UBB Setengah tahun

Hari ini kami mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah galakan kepada murid-murid yang berjaya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Ujian Setengah Tahun 2012 yang lepas. Seramai 90 orang murid dijemput menerima hadiah yang disediakan oleh pihak sekolah.

pkko

pkhem

pkpen

Tahniah dan syabas kepada mereka yang berjaya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam kelas masing-masing. terima kasih juga kepada PK Kokurikulum, PK Hal Ehwal Murid dan PK Pentadbiran yang sudi menyampaikan hadiah kepada pelajar yang berjaya.

Semoga majlis ini dapat menambahkan lagi semangat kepada murid-murid untuk terus belajar dan berjaya dalam setiap ujian yang diadakan.

Ahad, Julai 01, 2012

Pemeriksaan Kesihatan Percuma

kesihatan

Hari ini seperti juga minggu-minggu biasa, ada pasar minggu di depan SK Geting. Suasana memang agak sibuk dan bising bila hari Ahad dan hari pasar minggu seperti kebiasaannya. Pun begitu, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas masih berjalan seperti biasa.

Kebetulan hari ini, ada pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Neting untuk guru-guru dan penduduk sekitar Kampung Geting. Pengunjung pasar minggu boleh singgah mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma sebelum atau selepas membeli barang keperluan.

Isnin, Jun 25, 2012

Taman PPKI

taman mini

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SK Geting mempunyai 24 orang pelajar (10 lelaki dan 14 perempuan) yang dibahagikan kepada tiga kelas. Terdapat empat orang guru dan dua orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang bertugas di Kelas PPKI ini.

Guru-guru yang mengajar di Kelas PPKI pada tahun 2012 ini ialah:
  • Jamilah Mohamad
  • Naizeela Mohamad
  • Rospatihas Othman
  • Mohamad Zaib Abdullah
Sebuah taman mini yang kemas dan cantik terletak di bahagian hadapan kawasan kelas ini yang sentiasa dijaga oleh guru-guru dan PPM. Kelas ini juga mempunyai sebuah kebun sayur yang terletak di belakang kelas.

Sabtu, Jun 02, 2012

Guru Bertugas Mingguan Penggal Kedua 2012



CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN DARI 25 MEI - 09 JUN 2012 ( 16 HARI )
M
TARIKH
GURU BERTUGAS
PEN
24
10.06.12 - 14.06.12
Abd Rahman Mamat
Zabariah Saman
PKKO
25
17.06.12 - 21.06.12
Razali Yusoff
Rahmatunisa Majdin
PKT
26
24.06.12 - 28.06.12
Abdullah Sulong
Norazeani Ismail
PK HEM
27
01.07.12 - 05.07.12
Khairul Azam Mohamed
Mazura Mohamad
PKKO
28
08.07.12 - 12.07.12
Zahari Yusoff
Naterah haron
PKT
29
15.07.12 - 19.07.12
Mohamad Zaid Abdullah
Rohana Abdullah A
PK HEM
30
22.07.12 - 26.07.12
Zulkifli Jaafar
Noor Nazawiyah Ali
PKKO
31
29.07.12 – 02.08.12
Zamri Wahab
Noor Rizam Derahman
PKT
32
05.08.12 – 09.08.12
Zainuddin Mahmood
Pazimah Ismail
PK HEM
33
12.08.12 – 16.08.12
Tuan Adnan Tuan Abdullah
Salmiah Mohd Shariff
PKKO
CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN DARI 17 OGOS - 25 OGOS 2012 ( 9 HARI )
M
TARIKH
GURU BERTUGAS
PEN
35
26.08.12 – 30.08.12
Nik Hashim Nik Yusoff
Siti Aishah Hamat
PK HEM
36
02.09.12 – 06.09.12
Mohd Pauzai Omar
Sunita Chik
PKKO
37
09.09.12 – 13.09.12
Mohd Zamri Sulaiman
Suriani Musa
PKT
38
16.09.12 – 20.09.12
Maznihan Yusoff
Wan Zalmiah Wan Zakaria
PK HEM
39
23.09.12 – 27.09.12
Md Zaki Md Noor
Mahani Mohamad
PKKO
40
30.09.12 – 04.10.12
Ahmad Zainal Abidin
Siti Nor Asiah Zakaria
PKT
41
07.10.12 – 11.10.12
Mat Gheni Yusoff
Rospatihas Othman
PK HEM
42
14.10.12 – 18.10.12
Ibrahim Mat Daud
Intan Sri Balqis Shamsuddin
PKKO
43
21.10.12 – 25.10.12
Wan Mohamad Wan Harun
Marhana Osman
PKT
44
28.10.12 – 01.11.12
Che Azhar Che Ahmad
Mazura Mohamad
PK HEM
45
04.11.12 – 08.11.12
Azhari Awang Lah
Jalilah Yaacob
PKKO
CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN
DARI 09 NOVEMBER - 31 DISEMBER 2012 ( 44 HARI )
Catatan: Tertakluk kepada pindaan dan akan diberitahu kemudian.



Khamis, Mei 24, 2012

Selamat Bercuti

Selamat bercuti kepada semua murid dan guru SK Geting. Cuti Pertengahan Tahun 2012 ini bermula pada 25.05.2012 (Jumaat) hingga 09.06.2012 (Sabtu) selama 16 hari. Takwim Persekolah sepanjang tahun ini boleh dilihat DI SINI.

Kelas Tambahan bagi calon UPSR 2012 akan diadakan dalam cuti penggal ini dan jadual kelas tambahan juga sudah diedarkan kepada semua murid. Sila hubungi guru kelas atau Cikgu Hanapiah untuk maklumat selanjutnya.

gambar dinding

Sekali lagi diucapkan selamat bercuti kepada semua. Sambil bercuti dan bergembira, buat juga ulangkaji pelajaran dan siapkan kerja rumah yang diberikan.

Khamis, Mei 17, 2012

Selamat Hari Guru - 2012

“Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”

kek hari guru

potong kek hari guru

Tahun ini kami menyambut Hari Guru seperti biasa. Bermula dengan perhimpunan, guru-guru berarak ke tempat perhimpunan, menyanyi, mendengar ucapan dan ada pula acara memotong kek Hari Guru. Hadiah-hadiah untuk guru-guru juga disampaikan.

Acara padang tahun ini kami bermain bola sepak [guru lelaki] dan bola jaring [guru perempuan]. Selepas itu kami teruskan dengan acara persembahan murid-murid di Dewan Haji Ahmad.

Sebelum pulang, jamuan nasi ada disediakan untuk murid-murid, pekerja, staf bukan guru dan guru-guru di kantin sekolah.

“Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”

Ahad, April 01, 2012

Juara Bola Sepak Zon 2012

skg juara 2012
Sk Geting telah muncul sebagai Juara Kejohanan Bola Sepak Zon Pengkalan Kubor pada tahun 2012 yang berlangsung pada minggu lepas. Apa yang lebih menggembirakan ialah kami berjaya menundukkan jiran kami Sk Seri Neting.

Perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri, berlanjutan ke penentuan tendangan penalti. Semua pemain terpaksa mengambil tendangan bila keputusan masih juga seri selepas masing-masing mengambil lima tendangan. Tendangan ke 9 dari penjaga gol telah mengesahkan kejuaraan tahun ini milik SK Geting.

bola sepak
Zon Pengkalan Kubor seterusnya muncul sebagai Naib Juara dalam saingan Kejohanan Bola Sepak Peringkat PPD Tumpat. Juara pada tahun ini ialah Zon Wakaf Bharu.

Rabu, Mac 21, 2012

Sistem e-Operasi

e-operasi
Pemberitahuan


Pengemaskinian Data bermula pada 1 Mac 2012 hingga 31 Mac 2012.



Sebelum membuat semakan dan pengemaskinian data pastikan anda telah mendaftar masuk bagi mendapatkan Id Pengguna dan Kata Laluan masing-masing.



Kerahsiaannya Id Pengguna dan Kata Laluan adalah di bawah tanggungjawab anda.



Semua Guru hendaklah membuat semakan dan pengemaskinian data dengan menggunakan Id Pengguna dan Kata Laluan masing-masing. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat, sila maklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk tindakan pembetulan maklumat.



Jika masih menghadapi masalah untuk membuat pengemaskinian data, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)



Sekian dimaklumkan.

Selasa, Mac 20, 2012

Kejohanan Bola Jaring 2012

SK Geting telah menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Bola Jaring MSSK Zon Pengkalan Kubor 2012 pada 19.03.2012 bermula jam 2.30 petang. Sebanyak 7 buah sekolah dalam Zon Pengkalan Kubor menyertai dan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

bola jaring
bola jaring
bola jaring
Perjalanan pertandingan lancar dengan sokongan guru-guru yang terlibat sebagai jurulatih, pembantu serta sebagai pengadil. Juara Kejohanan Bola Jaring MSSK Zon Pengkalan Kubor pada kali ini ialan SK Simpangan dan SK Pengkalan Kubor 1 pula muncul sebagai Naib Juara. PK KO-Kurikulum SK Geting telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam acara ini.

Isnin, Februari 27, 2012

Markah Ujian Bulanan Berpusat Februari

ujian
Kami telah pun selesai menjalankan ujian untuk bulan Februari yang dijalankan pada minggu lepas. Minggu ini guru-guru masih sibuk dengan tugas memeriksa kertas-kertas ujian.

Guru-guru kelas pula masih 'berperang' dengan internet dan Aplikasi Pangkalan Data Murid. Kelajuan internet yang kurang baik dan kesesakan server melambatkan kerja guru. Ada di antara guru yang membuat kerja di rumah juga mengalami masalah kerana line broadband juga dua kali lima dengan internet sekolah.

Hari ini guru-guru di SK Geting mula mengisi markah ke dalam aplikasi HC3 yang dibekalkan. Sehingga hari ini masih belum dipastikan lagi bilakah tarikh analisa UBB1 ini akan dihantar oleh SU Peperiksaan.

Sabtu, Februari 18, 2012

Minggu Sibuk

Minggu ini mungkin sekali menjadi minggu yang paling sibuk bagi guru-guru. Beberapa tugas penting dan segera yang baharu sahaja diterima MESTI disiapkan dalam masa yang ditetapkan.


PERTAMA
: Semua guru matapelajaran akan terlibat dengan Ujian Bulanan Berpusat (UBB) yang dijadualkan berlangsung pada 20, 21 dan 22.02.2012 (tiga hari). Urusan membilang dan menyusun kertas soalan juga perlu disiapkan selewatnya pada 19.02.2012 (Ahad).

KEDUA : Guru-guru kelas juga MESTI menyiapkan Data Murid secara online sebelum 24.02.2012 (Jumaat). Aplikasi dalam talian ini boleh dilayari menggunakan pelayar utama seperti Google Chrome, Mozilla Firefox atau Internet Explorer. Dengan sambungan internet sekolah yang masih bermasalah dan kesesakan dalam talian, ia menjadi satu tugas yang sangat mencabar kepada guru-guru.

KETIGA : Guru-guru kelas Tahun Enam perlu memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SU UPSR untuk mendaftar pelajar dalam setiap kelas yang akan menduduki UPSR nanti. Data pendaftaran calon akan dihantar pada 06.03.2012 (Selasa).

Rabu, Februari 15, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012





Dengan kerjasama dari semua guru termasuk guru KAFA, JQAF dan kakitangan bukan guru, SK Geting telah berjaya menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 14.02.2012 (Selasa).

Terima kasih kepada semua yang terlibat.



Ahad, Februari 12, 2012

Ikrar Sekolah



Bacaan ikrar oleh pelajar dibuat setiap kali perhimpunan diadakan (Ahad) sebagai acara penutup bagi perhimpunan berkenaan.


  1. Sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara,
  2. Sentiasa mematuhi peraturan sekolah,
  3. Sentiasa taat kepada ibu bapa dan guru-guru,
  4. Sentiasa menghormati dan berkerjasama dengan rakan-rakan,
  5. Sentiasa belajar bersungguh-sungguh dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat,
  6. Membangunkan diri dan sekolah kami demi kemajuan bersama.


Rabu, Januari 04, 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah


Sesi persekolahan 2012 telah pun bermula semalam dengan beberapa buah sekolah di Rantau panjang, Tumpat dan Gua Musang terpaksa ditutup kerana banjir dan tanah runtuh. Mujur juga SK Geting tidak mengalami masalah ini.

Tahun ini kami di SK Geting menerima pelajar yang kurang berbanding tahun lepas. Tahun 2012 ini, kami mempunyai hanya 5 kelas bagi setiap tahun. Tahun lepas kami mempunyai 6 kelas UPSR tahun enam. SK Geting juga masih mengekalkan 2 kelas prasekolah serta 3 kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBS).

Nampak gaya bilangan guru di SK Geting tahun ini berkurangan dengan kurangnya bilangan kelas dan pelajar. Dua orang guru kami terpaksa berpindah ke sekolah lain.

Selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar untuk semua murid.


Ahad, Januari 01, 2012

Guru Bertugas Mingguan Penggal Pertama 2012




M
TARIKH
GURU BERTUGAS
PEN
1
03.01.12 - 05.01.12
Khairul Azam Mohamad
Naterah Harun
PKT
2
08.01.12 – 12.01.12
Zahari Yusuff
Rohana Abdullah [A]
PK HEM
3
15.01.12 - 19.01.12
Mohamad Zaid Abdullah
Noor Nazawiyah Ali
PKKO
4
22.01.12 - 26.01.12
Zulkifli Jaafar
Noor Rizam Deraman
PKT
5
29.01.12 - 02.02.12
Zamri Wahab
Pazimah Ismail
PK HEM
6
05.02.12 - 09.02.12
Zainuddin Mahmood
Salmiah Mohd Shariff
PKKO
7
12.02.12 - 16.02.12
Tuan Adnan Tuan Abdullah
Siti Aishah Hamat
PKT
8
19.02.12 - 23.02.12
Nik Hashim Nik Yusoff
Sunita Chik
PK HEM
9
26.02.12 - 01.03.12
Wan Mohd Pauzai Wan Omar
Suriani musa
PKKO
10
04.03.12 - 08.03.12
Mohd Zamri Sulaiman
Wan Zalmiah Wan Zakaria
PKT
CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN DARI 09 MAC - 17 MAC 2012 ( 9 HARI )

M
TARIKH
GURU BERTUGAS
PEN
12
18.03.12 – 22.03.12
Che Abd Rauf Che Teh
Mahani Mohamad
PK HEM
13
25.03.12 – 29.03.12
Maznihan Yusoff
Siti Nor Asiah Zakaria
PKKO
14
01.04.12 – 05.04.12
Md Zaki Md Nor
Rospatihas Othman
PKT
15
08.04.12 – 12.04.12
Ahmad Zainal Abidin
Faridah Abdullah
PK HEM
16
15.04.12 – 19.04.12
Mat Gheni Yusoff
Intan Seri Balqis Shamsuddin
PKKO
17
22.04.12 – 26.04.12
Ibrahim Mat Daud
Sameena V Abdul Kadir
PKT
18
29.04.12 – 03.05.12
Wan Mohamad Wan Harun
Marhana Osman
PK HEM
19
06.05.12 – 10.05.12
Che Azhar Che Ahmad
Faizah Mohd Noor
PKKO
20
13.05.12 – 17.05.12
Azahari Awang Lah
Jalillah Yaacob
PKT
21
20.05.12 – 23.05.12
Ahmad Yunus
Wan Faridah Wan Sulaiman
PK HEM
CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN DARI 25 MEI - 09 JUN 2012 ( 16 HARI )


 

logo skg