Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Rabu, Januari 04, 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah


Sesi persekolahan 2012 telah pun bermula semalam dengan beberapa buah sekolah di Rantau panjang, Tumpat dan Gua Musang terpaksa ditutup kerana banjir dan tanah runtuh. Mujur juga SK Geting tidak mengalami masalah ini.

Tahun ini kami di SK Geting menerima pelajar yang kurang berbanding tahun lepas. Tahun 2012 ini, kami mempunyai hanya 5 kelas bagi setiap tahun. Tahun lepas kami mempunyai 6 kelas UPSR tahun enam. SK Geting juga masih mengekalkan 2 kelas prasekolah serta 3 kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBS).

Nampak gaya bilangan guru di SK Geting tahun ini berkurangan dengan kurangnya bilangan kelas dan pelajar. Dua orang guru kami terpaksa berpindah ke sekolah lain.

Selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar untuk semua murid.


 

logo skg