Isnin, Februari 27, 2012

Markah Ujian Bulanan Berpusat Februari

Kami telah pun selesai menjalankan ujian untuk bulan Februari yang dijalankan pada minggu lepas. Minggu ini guru-guru masih sibuk dengan tugas memeriksa kertas-kertas ujian.

Guru-guru kelas pula masih 'berperang' dengan internet dan Aplikasi Pangkalan Data Murid. Kelajuan internet yang kurang baik dan kesesakan server melambatkan kerja guru. Ada di antara guru yang membuat kerja di rumah juga mengalami masalah kerana line broadband juga dua kali lima dengan internet sekolah.

Hari ini guru-guru di SK Geting mula mengisi markah ke dalam aplikasi HC3 yang dibekalkan. Sehingga hari ini masih belum dipastikan lagi bilakah tarikh analisa UBB1 ini akan dihantar oleh SU Peperiksaan.

0 komen:

 

logo skg