Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Sabtu, Februari 18, 2012

Minggu Sibuk

Minggu ini mungkin sekali menjadi minggu yang paling sibuk bagi guru-guru. Beberapa tugas penting dan segera yang baharu sahaja diterima MESTI disiapkan dalam masa yang ditetapkan.


PERTAMA
: Semua guru matapelajaran akan terlibat dengan Ujian Bulanan Berpusat (UBB) yang dijadualkan berlangsung pada 20, 21 dan 22.02.2012 (tiga hari). Urusan membilang dan menyusun kertas soalan juga perlu disiapkan selewatnya pada 19.02.2012 (Ahad).

KEDUA : Guru-guru kelas juga MESTI menyiapkan Data Murid secara online sebelum 24.02.2012 (Jumaat). Aplikasi dalam talian ini boleh dilayari menggunakan pelayar utama seperti Google Chrome, Mozilla Firefox atau Internet Explorer. Dengan sambungan internet sekolah yang masih bermasalah dan kesesakan dalam talian, ia menjadi satu tugas yang sangat mencabar kepada guru-guru.

KETIGA : Guru-guru kelas Tahun Enam perlu memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SU UPSR untuk mendaftar pelajar dalam setiap kelas yang akan menduduki UPSR nanti. Data pendaftaran calon akan dihantar pada 06.03.2012 (Selasa).

 

logo skg