Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Ahad, April 01, 2012

Juara Bola Sepak Zon 2012

skg juara 2012

Sk Geting telah muncul sebagai Juara Kejohanan Bola Sepak Zon Pengkalan Kubor pada tahun 2012 yang berlangsung pada minggu lepas. Apa yang lebih menggembirakan ialah kami berjaya menundukkan jiran kami Sk Seri Neting.

Perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri, berlanjutan ke penentuan tendangan penalti. Semua pemain terpaksa mengambil tendangan bila keputusan masih juga seri selepas masing-masing mengambil lima tendangan. Tendangan ke 9 dari penjaga gol telah mengesahkan kejuaraan tahun ini milik SK Geting.

bola sepak
Zon Pengkalan Kubor seterusnya muncul sebagai Naib Juara dalam saingan Kejohanan Bola Sepak Peringkat PPD Tumpat. Juara pada tahun ini ialah Zon Wakaf Bharu.

1 komen :

Salam, teruskan usaha anda. Tidak mustahil bagi anak anak Geting untuk sampai ke peringkat daerah, kawasan dan negeri, seperti mana yang telah dilakukan oleh senior-senior anda.

Daripada,

Dr Rosnelizaide bin Ramely
SK Geting, 1986.

 

logo skg