Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Ahad, Julai 01, 2012

Pemeriksaan Kesihatan Percuma

kesihatan

Hari ini seperti juga minggu-minggu biasa, ada pasar minggu di depan SK Geting. Suasana memang agak sibuk dan bising bila hari Ahad dan hari pasar minggu seperti kebiasaannya. Pun begitu, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas masih berjalan seperti biasa.

Kebetulan hari ini, ada pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Neting untuk guru-guru dan penduduk sekitar Kampung Geting. Pengunjung pasar minggu boleh singgah mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma sebelum atau selepas membeli barang keperluan.

 

logo skg