PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 1:

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 2:

Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 4:

Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 5:

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 6:

Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 7:

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 8:

Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 9:

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 10:

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Anjakan 11:

Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung

Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Khamis, Februari 07, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H / 2013

Pada 06.02.2013 kami di SK Geting mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Tema sambutan tahun ini ialah Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.

pertandingan poster

Satu pertandingan melukis poster diadakan untuk murid-murid Tahap Dua iaitu Tahun 4, 5 dan 6.

laluan perarakan

Kami juga mengadakan perarakan seperti biasa cuma laluan sahaja berubah. Kali ini kami mengikut laluan Pantai Geting.

berkumpul di sekolah

Murid-murid berkumpul dan berbaris sebelum memulakan perarakan. Mereka juga berselawat bersama guru-guru pengiring yang akan mengawasi keselamatan sepanjang perarakan.

perararakan ke pantai geting

Perarakan kali ini di ketuai oleh Ustaz Khairul Azam Bin Mohamed. Melalui jalan raya depan pasar, surau, kawasan perumahan, MRSM dan Pantai Geting.

ceramah di pantai geting

Berehat di Pantai Geting dan mendengar ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Md Ashih Bin Yaakub.

gotong royong memasak

Kerja gotong royong memang diamalkan setiap kali majlis diadakan. Menyiang daging, memasak dan menyediakan minuman dilakukan bersama oleh guru-guru termasuk guru fardu ain dan pekerja sekolah.

tayangan gambar

Sementara murid-murid Tahap Dua berarak, murid-murid Tahap Satu mengikuti tayangan gambar yang diadakan di Dewan haji Ahmad dengan pengawasan guru.

persembahan nasyid

Persembahan nasyid pula diadakan selepas perarakan dan selepas murid-murid berehat. Persembahan ini mengikut kumpulan yang ditubuhkan sendiri oleh murid dengan bantuan guru.

murid sedang makan

Menjelang tengahari, makanan siap disediakan. Makanan diagihkan kepada murid tahun satu terlebah dahulu dan diikuti oleh murid tahun dua, tiga, empat, lima dan enam.

tetamu jemputan

Kami juga menjemput guru-guru dari sekolah yang berdekatan untuk menikmati hidangan yang disediakan. Kebiasaannya Guru Besar dan Penolong Kanan yang hadir.

 

logo skg