Makluman


Semua Kelas

Peperiksaan Pertengahan Tahun

SENTIASA KITA GEMILANG

23/05/2016 (ISNIN) hingga 26/05/2016 (KHAMIS)


Rabu, November 19, 2014

Hadiah Kecemerlangan SK Geting 2014

Hari Penyampaian Hadiah Kecemerlangan diadakan pada 18 November 2014. Selain hadiah dalam kecemerlangan pelajaran, SKG juga menyampaikan hadiah khas kepada murid-murid yang cemerlang dan mengharumkan nama sekolah.

Hadiah Kecemerlangan SK Geting 2014

Tokoh Murid SKG 2014

Adik Wan Nurul Addia Wan Jusoh dari Kelas 6 Jaya terpilih sebagai Tokoh Murid 2014.Adik Nurul Addia mengisi masa lapang dengan membaca buku dan mengulangkaji pelajaran. Tidak meninggalkan solat fardu dan mengerjakan solat hajat selepas solat maghrib.

Sentiasa taat kepada ibu bapa dan guru dan sentiasa mengamalkan doa-doa harian. Di kelas, beliau sentiasa menumpukan perhatian kepada pelajaran dan sering membuat peta minda.

Hadiah Kecemerlangan SK Geting 2014

Jaguh Larian Mini Kelantan 2014

Gambar antara pemenang tempat pertama dalam katagori masing-masing dalam acara larian mini yang di adakan pada 11.10.2014 di Institut Pendidikan Guru, Kota Bharu.

Hadiah Kecemerlangan SK Geting 2014

Kehadiran Penuh Penggal Kedua

Antara sebahagian besar murid yang hadir setiap hari dalam penggal kedua persekolahan, adik Hafizah paling bertuah. Beliau menerima sebuah Tab Android sebagai pemenang cabutan bertuah yang diadakan untuk semua murid yang hadir penuh sepanjang penggal kedua.

 

logo skg